BTS (kumpulan muzik)
BTS (kumpulan muzik)

BTS (kumpulan muzik)

BTS (방탄소년단) juga dikenali sebagai Bangtan Boys atau Bangtan Sonyeondan adalah sebuah kumpulan vokal lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat rakaman Big Hit Entertainment. Kumpulan muzik ini memulakan penampilan sulung mereka dengan lagu "No More Dream" pada 13 Jun 2013. Mereka telah memenangi beberapa anugerah ketika tahun awal mereka seperti anugerah Artis Baru Tahun Ini di 2013 Melon Music Awards[1][2] dan Pendatang Baru Lelaki Terbaik di 2013 So-Loved Awards.[3] Mereka juga memenangi Anugerah "Top Social Artist" pada 22 Mei 2017 di Billboard Music Awards peringkat antarabangsa. Nama kumpulan ini mula tersebar ke seluruh dunia dengan lagunya "Blood Sweat & Tears" kerana konsepnya yang sangat menarik dan gaya persembahan yang mantap sehinggakan pada bulan Jun 2017, majalah Time menyenaraikan mereka sebagai antara 25 Orang Paling Berpengaruh di Internet. BTS juga mempunyai sebuah kumpulan peminat, dengan nama ARMY (Adorable Representive Mc of Youth) yang terdiri daripada pelbagai negara di sekitar dunia. Pada tahun 2019 BTS sekali lagi memenangi Billboard Music Awards dalam kategori ‘ Top Social Artist ‘ 3 tahun berturut-turut sekaligus mengalahkan Justin Bieber yang menjadi pemegang enam tahun yang memegang anugerah tersebut. Mereka turut juga memenangi anugerah "Top Duo/Group" dalam Billboard Music Awards. [4] BTS juga pernah dulu dipuji Presiden Korea Selatan apabila album Love Yourself: Tear mereka berjaya menduduki Hot 200 Chart Top 10 dan berjaya mempromosikan Korea Selatan di serata dunia. Kini BTS dikenali sebagai artis kumpulan K-Pop pertama yang paling berpengaruh di dunia selepas PSY.
Peminat BTS dikenali sebagai ARMY.